


Gambarajah di muat turun daripada laman sesawang Speaksens disini.
Progam POWER atau Pengurusan Wang Ringgit Anda merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan literasi kewangan terutamanya di kalangan mereka yang baru sahaja berkecimpung di dalam bidang pekerjaan dan mereka yang ingin menguruskan kewangan dengan cara yang lebih terurus. Program ini adalah percuma dan masa adalah daripada pukul 9.30 pagi ke 1 tengahari.
Anda akan diajar untuk menguruskan kewangan daripada aspek:
1. Pengurusan pergerakan wang
2. Pinjaman
3. Penggunaan kad kredit secara berhemah
4. Pembelian kereta
5. Pembelian rumah
6. Pengurusan hutang
Gambarajah diimbas daripada halaman Harian Metro, 7 Januari 2011
Edisi sulung dan seterusnya perasmian bagi program POWER ini dijadualkan pada 9 Februari 2011 (Rabu) dan bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Saya telah mendaftarkan diri bagi mengikuti edisi sulung ini. Anda bila lagi ? InsyaAllah, saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman. Nantikan !